Showing posts with label Paneh Punggung vs Paneh Miang. Show all posts
Showing posts with label Paneh Punggung vs Paneh Miang. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Salam Perkenalan dari Paneh Punggung


Salam Sejahtera,

Untuk makluman  semua, terciptanya blog Paneh Punggung vs Paneh Miang ini adalah bertitik tolak diatas kesedaran, ketidakadilan dan penulisan yang dipaparkan diblog-blog terutama di Paneh Miang yang mirip kearah perpecahan, melaga-lagakan pemimpin serta masyarakat, fitnah yang tidak berasas, tuduhan yang tidak dengan bukti dan memutar belitkan fakta.

Setelah difikirkan dengan sedalam-dalamnya serta mengambil pendapat beberapa kenalan serta pemikir, maka dengan ini lahirlah blog baru yang dinamakan Paneh Punggung vs Paneh Miang.

Paneh Punggung berperanan secara maya akan menjawab segala tohmahan dan meneutralkan kembali apa jua auta dan tuduhan yang dibuat oleh Paneh Miang disemua peringkat sama ada dikalangan Pemimpin Politik/ Pemimpin Negara / Negeri / Jabatan / Ngo dan sebagainya.

Paneh Punggung juga akan menjawab setiap isu yang diperkatakan atau dihebahkan oleh Paneh Miang dan pembaca boleh melihat kebenaran dengan membuat perbandingan sendiri. Paneh Punggung tidak mempunyai sebarang kepentingan atau menjadi balaci mana-mana pihak atau menjadi penulis upahan pihak tertentu.

Bagi Paneh Punggung tidak salah untuk mengkritik atau menidakkan sesuatu perkara, tetapi biarlah secara ilmiah dan memberi option atau kaedah yang lebih baik. Bukan terus menghentam secara kromo sepertimana yang dibuat oleh Paneh Miang.

Apa yang dilakukan oleh Paneh Miang menjurus kepada perpecahan dan perbalahan. Menidakkan keupayaan pemimpin negeri seolah-oleh Paneh Miang sahaja yang benar dan betul dalam semua hal. Jadi telah timbul pelbagai persepsi negatif kepada pemimpin atau juga mereka yang diperkatakan oleh Paneh Miang tanpa dibalas, tanpa dijawab sama ada ianya benar atau pun tidak.

Nah....sekarang sudah tiba masanya untuk Paneh Punggung beraksi.
Apa yang ingin dinyatakan dan disampaikan oleh Paneh Punggung adalah semata-mata mencari KEBENARAN bukannya AUTA.
 
Corak penulisan Paneh Punggung lebih kepada santai atau bersahaja dengan menggunakan bahasa harian yang mudah untuk difahami tetapi padat dengan isi dan fakta.

Oleh itu, kepada semua buatlah penilaian sewajarnya dengan setiap lontaran/pandangan serta cadangan yang diterjemahkan melalui penulisan yang dibuat ini.

Sekian. Terima Kasih.

    

 


   

Kenapa Najib & Muhyiddin perlu pantau MBN9?


Sedang kita berkerja keras, bertungkus lumus untuk memastikan UMNO/BN mencapai kejayaan dalam pilihanraya ke-13 ini, kenapa perlu Paneh Miang mempersoalkan serta memperlekehkan YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan dengan angkuh menidakkan keupayaan beliau sebagai pemimpin negeri.
 
Cara yang digunapakai oleh Paneh Miang seolah-olah melagakan pemimpin negeri dan pusat...hingga mengelarkan Menteri Besar sebagai "dictatorship".

Kenapa perlu berkata demikian didalam penulisan? Dibandingkan pula Menteri Besar dengan Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Mereka ada cara mereka sendiri. Mereka juga ada pandangan serta pendekatan masing-masing. Jika Paneh Miang tidak bersetuju dengan cara Menteri Besar, lebih baik keluar sahaja dari Negeri Sembilan.

Janganlah pula memporak perandakan kepimpinan yang ada di Negeri Sembilan. Setiap pemimpin ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Jadi kita sebagai rakyat kena melihat semua aspek bukan hentam membabi buta. Pemikiran Paneh Miang seolah-olah mirip kepada pembangkang yang pasti tidak bersetuju atau membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Kalau nak disingkap apa kejayaan yang dilakukan oleh Menteri Besar cukup banyak tidak terhurai oleh kita. Cuba kita lihat hutang Hutang Kerajaan Negeri Sembilan, berkurang atau bertambah?

Sudah pasti jawapannya berkurangan hasil daripada kecekapan Menteri Besar mengurus tadbir kerajaan negeri dengan cara berhemah dan berjimat cermat. 

Adalah tidak wajar untuk kita sebagai rakyat menafikan kenyataan ini. 

Persoalan yang ingin dilontarkan amat mudah. Adakah Paneh Miang merasa cemburu, irihati atau berdendam dengan Menteri Besar? atau

Paneh Miang adalah salah seorang penulis upahan bagi pihak pembangkang? atau

Paneh Miang menjadi penulis blog dan balaci/pencacai kepada musuh-musuh politik didalam UMNO sendiri atau mereka yang kecewa dengan Menteri Besar?

Yang pasti kebenaran itu akan menjelma jua. Kepada Paneh Miang nyatakanlah kebenaran bukannya auta.