Friday, 20 April 2012

Kenapa Najib & Muhyiddin perlu pantau MBN9?


Sedang kita berkerja keras, bertungkus lumus untuk memastikan UMNO/BN mencapai kejayaan dalam pilihanraya ke-13 ini, kenapa perlu Paneh Miang mempersoalkan serta memperlekehkan YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan dengan angkuh menidakkan keupayaan beliau sebagai pemimpin negeri.
 
Cara yang digunapakai oleh Paneh Miang seolah-olah melagakan pemimpin negeri dan pusat...hingga mengelarkan Menteri Besar sebagai "dictatorship".

Kenapa perlu berkata demikian didalam penulisan? Dibandingkan pula Menteri Besar dengan Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Mereka ada cara mereka sendiri. Mereka juga ada pandangan serta pendekatan masing-masing. Jika Paneh Miang tidak bersetuju dengan cara Menteri Besar, lebih baik keluar sahaja dari Negeri Sembilan.

Janganlah pula memporak perandakan kepimpinan yang ada di Negeri Sembilan. Setiap pemimpin ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Jadi kita sebagai rakyat kena melihat semua aspek bukan hentam membabi buta. Pemikiran Paneh Miang seolah-olah mirip kepada pembangkang yang pasti tidak bersetuju atau membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Kalau nak disingkap apa kejayaan yang dilakukan oleh Menteri Besar cukup banyak tidak terhurai oleh kita. Cuba kita lihat hutang Hutang Kerajaan Negeri Sembilan, berkurang atau bertambah?

Sudah pasti jawapannya berkurangan hasil daripada kecekapan Menteri Besar mengurus tadbir kerajaan negeri dengan cara berhemah dan berjimat cermat. 

Adalah tidak wajar untuk kita sebagai rakyat menafikan kenyataan ini. 

Persoalan yang ingin dilontarkan amat mudah. Adakah Paneh Miang merasa cemburu, irihati atau berdendam dengan Menteri Besar? atau

Paneh Miang adalah salah seorang penulis upahan bagi pihak pembangkang? atau

Paneh Miang menjadi penulis blog dan balaci/pencacai kepada musuh-musuh politik didalam UMNO sendiri atau mereka yang kecewa dengan Menteri Besar?

Yang pasti kebenaran itu akan menjelma jua. Kepada Paneh Miang nyatakanlah kebenaran bukannya auta.


No comments:

Post a Comment