Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua, terciptanya blog Paneh Punggung vs Paneh Miang ini adalah bertitik tolak diatas kesedaran, ketidakadilan dan penulisan yang dipaparkan diblog-blog terutama di Paneh Miang yang mirip kearah perpecahan, melaga-lagakan pemimpin serta masyarakat, fitnah yang tidak berasas, tuduhan yang tidak dengan bukti dan memutar belitkan fakta.
Setelah difikirkan dengan sedalam-dalamnya serta mengambil pendapat beberapa kenalan serta pemikir, maka dengan ini lahirlah blog baru yang dinamakan Paneh Punggung vs Paneh Miang.
Paneh Punggung berperanan secara maya akan menjawab segala tohmahan dan meneutralkan kembali apa jua auta dan tuduhan yang dibuat oleh Paneh Miang disemua peringkat sama ada dikalangan Pemimpin Politik/ Pemimpin Negara / Negeri / Jabatan / Ngo dan sebagainya.
Paneh Punggung juga akan menjawab setiap isu yang diperkatakan atau dihebahkan oleh Paneh Miang dan pembaca boleh melihat kebenaran dengan membuat perbandingan sendiri. Paneh Punggung tidak mempunyai sebarang kepentingan atau menjadi balaci mana-mana pihak atau menjadi penulis upahan pihak tertentu.
Bagi Paneh Punggung tidak salah untuk mengkritik atau menidakkan sesuatu perkara, tetapi biarlah secara ilmiah dan memberi option atau kaedah yang lebih baik. Bukan terus menghentam secara kromo sepertimana yang dibuat oleh Paneh Miang.
Apa yang dilakukan oleh Paneh Miang menjurus kepada perpecahan dan perbalahan. Menidakkan keupayaan pemimpin negeri seolah-oleh Paneh Miang sahaja yang benar dan betul dalam semua hal. Jadi telah timbul pelbagai persepsi negatif kepada pemimpin atau juga mereka yang diperkatakan oleh Paneh Miang tanpa dibalas, tanpa dijawab sama ada ianya benar atau pun tidak.
Nah....sekarang sudah tiba masanya untuk Paneh Punggung beraksi.
Apa yang ingin dinyatakan dan disampaikan oleh Paneh Punggung adalah semata-mata mencari KEBENARAN bukannya AUTA.
Corak penulisan Paneh Punggung lebih kepada santai atau bersahaja dengan menggunakan bahasa harian yang mudah untuk difahami tetapi padat dengan isi dan fakta.
Oleh itu, kepada semua buatlah penilaian sewajarnya dengan setiap lontaran/pandangan serta cadangan yang diterjemahkan melalui penulisan yang dibuat ini.
Sekian. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment