Friday 27 April 2012

Betul ke JBS tak sehaluan dengan MBNNS dan Belia?


Pemecah Berita paneh Punggung

Dengar cerita hari ini, belia N.Sembilan iaitu MBN telah mengadakan sidang akhbarnya di Wisma MBN....wah hebat dengan kenyataan kecaman dan bantahan yang dinyatakan oleh MBN terhadap penganjuran Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan esok di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.....

Tapi yang musyikil sikit mana orang-orang Jabatan Belia & Sukan Negeri? Betul ke desas desus yang menyatakan bahawa Jabatan Belia Negeri tidak sehaluan dengan kepimpinan MBN dan tidak ambil peduli tentang sesetengah persatuan belia?....sebab berita ini kuat kedengaran dikalangan belia Negeri Sembilan.

Apa sudah jadi dengan JBS? Rasanya MBN adalah satu badan belia yang diiktiraf oleh kerajaan negeri dan dibawah MBN dianggotai oleh badan-badan persatuan (bercawangan) dan badan persatuan belia tunggal yang ada di Negeri Sembilan.

Kalau semua belia Negeri Sembilan boleh bersatu dibawah naungan ini dan mengiktiraf kepimpinan MBN yang ada, apa masalahnya dengan JBS ini?

Paneh Punggung dah bosan dengan kerenah-kerenah yang tidak pernah ada kesudahannya....bak kata salah seorang pembaca, "pelik juga banyak pengarah di jabatan kerajaan lain bertukar ganti, pengarah JBS sahaja yang kekal lama hingga nipis kusyen kerusi empuk dibuatnya, mujur nipis kalau tinggal papan sahaja ohhh parah"

Bila difikirkan, betul juga apa yang dinyatakan oleh pembaca ini. Nak kata JBS menjuarai program golongan belia tak juga... Nak kata memperjuangkan ekonomi belia jauh sekali...jadi apa yang ditunggu lagi? Atau nak tunggu belia Negeri Sembilan pupus baru nak lakukan transformasi?

Perkara ini perlu dipandang serta dinilai secara KPI yang menjadi tanda aras kepada pentadbiran kerajaan...sebab Perdana Menteri inginkan satu transformasi yang sebenar dan bukannya mereka-mereka yang berjawatan tinggi dipilih berlandaskan kepada "hubungan rapat dengan pihak tertentu" atau berdasarkan "konsep budi bicara" atau yang menggunakan kaedah "Wa ampu sana wa ampu sini".

Jika kaedah-kaedah ini diguna pakai, maka tidak mustahil setiap jabatan terutama Jabatan Belia Negeri akan menemui jalan kegagalan dalam merencanakan hala tuju serta pembangunan belia negeri.

Paneh Punggung juga pelik, kemana arahnya JBS hendak bawa belia Negeri Sembilan ini? Adakah sekadar berpoco-poco atau bersenam aerobik disenja hari? Atau sekadar menonton layar besar yang disediakan di hadapan tempat letak kereta di Kombes? Kalau menonton tak mengapa, cuba sekali sekala pergi ke Kombes, layar besar bersiaran, penonton di dalam kereta buat apa pula????? kalau tak percaya cubalah intai jika kelapangan.

Ini semua adalah program atau kemudahan sampingan. Apa yang diperlukan oleh belia Negeri Sembilan hari ini adalah hala tuju yang jelas dan plan tindakan yang boleh memberi kesan secara terus kepada golongan belia.... Inilah masalahnya apabila bukan orang yang menjiwai golongan belia mentadbir urus tentang hal ehwal belia....  

Jadi kepada mereka yang merasakan diri mereka belia, berbuatlah sesuatu untuk kepentingan golongan belia itu sendiri. Bagi mereka dah "veteren belia" tapi masih merasakan atau mengaku diri itu masih lagi belia dan kononya mampu menjiwai hati belia, fikir dan renungkanlah kemampuan dan apa yang Paneh Punggung catatkan ini.

Tapi yang pasti, Paneh Punggung tak tua dan tak muda......bak orang kata sedang ranum......ciowww

  

Thursday 26 April 2012

JBS ooo JBS jangan tidur lagi

Pemecah Berita Paneh Punggung

Dengar cerita, ramai golongan belia di Negeri Sembilan sama ada di bandar, desa dan kampung merungut dengan Jabatan Belia Negeri dan Daerah masing-masing.

Seolah-olah mereka ini makan gaji buta tanpa memandang serta memikirkan pembangunan belia yang harus mereka depani.

Ada juga yang mempersoalkan apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh JBS ini hinggakan ada persatuan yang di anak tirikan. Betul ke ini berlaku? JBS tolong jawab....jangan membisu.

Dengar ceritanya juga, pihak atasan JBS Negeri lebih suka berpolitik daripada menjaga hal ehwal belia? Jika betul letak jawatan dan terjun ke dunia politik, jangan pula belia dipolitikkan atau menjadi mangsa politik pihak tertentu.

Rungutan dan bantahan telah banyak didengari. Perkara ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Jangan pula nanti sambutan Hari Belia Peringkat Negeri di boikot sendiri oleh golongan belia. YAB Menteri Besar perlu melihat keberhasilan dan rungutan golongan belia terhadap JBS ini.

Paneh Punggung melihat jika dibiarkan ianya akan menjadi barah dan punca kepada perpecahan diantara golongan belia kelak.

Nak tanya juga apa program dan perancangan JBS untuk belia Negeri Sembilan? Seolah-olah JBS N.Sembilan tiada visi dan matlamatnya tersendiri atau mungkin Idealisme orang atas JBS telah monopous? 


Banyak isu dan kepentingan belia diabaikan. Cara kerja kenalah tukar wahai orang atas JBS. Pemikiran juga perlu bersih bukannya memikirkan ooo persatuan ni kena tolong sebab mereka sokong aku...persatuan ini tak perlu bantu sebab tak selari dengan cara aku.
Jangan menidak dan menafikan kerana inilah sebenarnya yang berlaku. nak bukti boleh dikemukakan.

Bagi Paneh Punggung, jika cara pemikiran, cara kerja mereka tak berubah eloklah persatuan belia dan belia sendiri berbuat sesuatu demi kepentingan belia Negeri Sembilan itu sendiri bak slogan Hari Belia Negara 2012 iaitu "KUASA BELIA".

JBS bangun jangan tidur lagi....belia Negeri Sembilan mahukan perubahan.






Tuesday 24 April 2012

FAHAMI CITARASA ANAK MUDA

Pemecah Berita Paneh Punggung.....

Dikhabarkan berita pada bulan Mei 2012 nanti akan berlangsung Hari Belia Negara (HBN) serta Himpunan Jutaan Belia (HJB) yang dirancang akan diadakan di Putrajaya dan akan disertai oleh golongan belia dari seluruh pelusuk negara. Tahniah untuk golongan belia. Slogannya juga agak menarik iaitu "KUASA BELIA".

Sebagai mempromosikan HBN dan HJB ini, pelbagai pihak sukarelawan, persatuan belia, NGO, mahupun pihak swasta mengambil langkah pro-aktif dalam usaha mempromosikan HBN dan HJB ini. Jumlah belia yang disasarkan adalah tinggi untuk menghimpunkan "Kuasa Belia" ini. Manakan tidaknya, dikhabarkan juga HJB akan menjadi antara 10 karnival terbesar didunia. Maka di Negeri Sembilan pun tidak terlepas daripada acara atau program yang dirangka.

Apa yang Paneh Punggung nak katakan disini, rupa-rupanya dalam diam, tanpa kita sedari ada program yang dirancang iaitu BUKIT PUTUS TOUGE CHALLENGE (BPTC) terpaksa dibatalkan. Pihak penganjur juga telah membuat persiapan yang dirancang. Peserta juga telah membayar penyertaan. Apa sudah jadi dan apa ceritanya semua ini?

Kalau pembaca ingin tahu BPTC ini adalah sukan permotoran yang akan diadakan di Bukit Putus (jalan lama ke Kuala Pilah) pada 12hb Mei 2012. Pembaca juga boleh layari Face Book Bukit Putus Charity Challenge. Baca dan fahamilah luahan serta kekecewaan anak muda.

Dengarnya juga alasan yang diberikan oleh PDRM lebih kepada faktor keselamatan dan keadaan jalan. Bab alasan macam inilah membuatkan golongan anak muda terasa tersisih atau terpinggir. Jiwa anak muda memberontak sebab semua yang nak dilakukan jika sukan itu disifatkan extream alasan diberi adalah bahaya, faktor keselamatan dan macam-macam lagi. 

Jangan memberi alasan secara general sedangkan jika dikata tentang anak muda, budaya kehidupan serta kesukanannya juga adalah extream yakni cabaran. Benda yang mencabar pastinya tidak lari dari kehidupan anak muda. Takkan orang tua atau tok lebai atau tok mudim nak bersama menyertai sukan yang mencabar ini.

Seharusnya pihak terbabit sama ada jabatan atau agensi kerajaan melihat perkara ini dari sudut yang berbeza dan luaskan definasi sukan ini serta kesannya kepada budaya kesukanan anak muda di Negeri Sembilan.

Penyelesaian perlu ada bukan terus memberi noktah kepada program ini. PDRM juga perlu memberi alternatif sewajarnya. Apa kaedah yang dicadangkan? Apakah jalan penyelesaiannya?

Karenah-karenah seperti inilah membuatkan anak muda bosan, serik dan terpinggir. Keinginan serta kehendak anak muda dipandang sepi dan dinafikan.

Maka tidak heranlah bagi Paneh Punggung, apabila gejala mat rempit, lumba haram semakin menjadi-jadi. Apabila ada platform atau program seperti ini ingin dilaksanakan banyak benar halangan dan karenah yang terpaksa dihadapi. Akhirnya kata putus yang diarahkan adalah batal.

Dari sudut politik pula, Paneh Punggung ingin ingatkan semua, sedar atau tidak bahawasanya anak muda atau belia adalah sebahagian daripada Kuasa Pengubah serta Pemacu Lanskap Budaya Politik Baru.
 
Mereka adalah rakyat Malaysia, mempunyai hak. Mereka juga pembayar cukai kepada hasil maksum kerajaan. Mereka juga penggerak kepada sosio ekonomi negeri dan negara. Mereka juga adalah sebahagian daripada bakal pengundi dalam pilihanraya akan datang nanti. Jangan nanti kekecewaan mereka akan diterjemahkan dalam pilihanraya nanti. Masa itu siapa harus dipersalahkan?

Mereka ini adalah sebahagian daripada lapisan masyarakat atau rakyat yang merdeka. Dengarlah hasrat anak muda ini.

Seharusnya, biarkan mereka menjalankan program ini dengan jayanya. Berikan kebenaran kepada acara ini. Daripada anak muda berlumba bukan ditempat yang sepatutnya.

Lakukan sesuatu suara belia adala suara keramat...kepada YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia berbuatlah sesuatu agar citarasa anak muda ini dapat dilaksanakan. 

Anak muda adalah rakyat.......maka amat berpatutan dengan slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita yang disayangi dalam melakukan transformasi pentadbiran kerajaan yang ada sekarang ini iaitu ...Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Janganlah pula slogan tinggal slogan sahaja.

FAHAMI CITARASA ANAK MUDA........



Budaya Politik Cantas Telah Bermula

Pemecah Berita Paneh Punggung....

Tanpa disedari oleh kita ada juak-juak sesama parti merasa cemburu, iri hati, hasrat dengki dan lebih memburukkan lagi "budaya cantas" atau "pancung" telah dimainkan serta didendangkan oleh mereka ini kononnya cuba menggerakkan satu gerakan MENCANTAS. Inilah dinamakan POLITIK CANTAS. Budaya politik yang tidak bertamadun.

Paneh Punggung tidak mahu mengatakan nama si polan itu atau si polan ini, tetapi Paneh Punggung mahukan pembaca menilai serta memahami budaya yang sungguh jijik ini agar tidak diwarisi oleh kepimpinan akan datang terutama generasi muda sekarang.

Yang ingin Paneh Punggung persoalkan, kenapa budaya politik kotor seperti ini dibuat oleh kita sesama ahli parti UMNO? Inilah dinamakan "budaya lama/kalut dan kuno" yang masih digunapakai bagi menjatuhkan seseorang tanpa melihat kreabiliti serta keupayaan seseorang pemimpin tersebut.

Kenapa harus memecah belahkan perpaduan demi memenuhi kehendak atau kemahuan pihak-pihak tertentu?

Paneh Punggung melihat sindrom ini harus dicegah dan dihindarkan dari budaya politik UMNO. Perkara asas adalah melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan oleh akar umbi serta kepercayaan yang diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dalam menggerakkan jentera yang ada bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Tugas dan tanggungjawab ini WAJIB dilaksanakan dan bukannya beradu domba sesama sendiri. Lihat semua permasalahan rakyat setempat dan kita cari jalan penyelesaian untuk diatasi, bukannya melihat pemimpin mana yang berpontensi atau maju ke depan sedikit dipancung atau dicantas kerana takut mengganggu gugat peluang untuk menjadi pemimpin atau calon pilihanraya nanti.

Hanya baru dikatakan kononnya sebagai nama calon ada individu tersebut sudah seperti cacing kepanasan... Apa nak hebohkan sangat kok kita tu hebat dapatlah. Yang nak dihebohkan memburukkan orang lain buat apa?. 

Bila ada orang atau pemimpin yang nak buat kerja, dikatakan salah itu dan salah ini, bila tidak buat kerja lagilah dikatakan itu dan ini. Jadi semuanya serba salah dibuatnya. Jangan lupa pula, mereka itu juga pemimpin. Yang heboh cakap dan mengata hal orang tapi kerja untuk parti tak buat. Bila UMNO kalah mulalah menuding jari orang ni tak betul orang ni salah. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dan bukannya berdekah-dekah sesama sendiri.

Mahukah kita, yakni UMNO diwakili atau dipimpin oleh mereka yang mengamalkan budaya cantas mencatas dan pancung seperti ini? Dimanakah sifat keterbukaan yang diamalkan oleh parti?

Pembaca sekalian harus sedar dan bijak membuat penilaian dalam meletakkan siapa yang layak untuk diangkat atau diketengahkan bagi mewakili suara rakyat terutama bagi kita bangsa Melayu.

Paneh Punggung merasa sedih melihat lanskap politik seperti ini seolah-olah tiada penghujungnya. Kita perlu melihat pemimpin yang mampu membawa suara kita, kita perlukan pemimpin yang boleh ditemui bila-bila masa. Kita perlukan pemimpin yang meletakkan keutamaan parti dan rakyat. Kita perlukan pemimpin yang bersifat terbuka. Kita perlukan pemimpin yang beridealisme. 

Kita perlukan pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat dan yang paling penting pemimpin yang terima dan percaya  Qada dan Qadar Allah apa jua keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti sama ada menjadi calon atau pun tidak.

Ini belum apa-apa lagi melatah seperti "beruk kena belacan". Faedah politik mereka mahu tetapi menggerakkan jentera atau mendekati rakyat, batang hidung pun tak nampak.

Oleh itu Paneh Punggung mengingatkan kepada semua, UMNO kini telah berlaku Transformasi. Transformasi yang bermakna perubahan seharusnya bermula daripada cara pemikiran baru dan akan lahirlah satu tindakan yang berkesan selari dengan peredaran zaman.

Kepada pemimpin yang dimaksudkan teruskan usaha gigih anda. Tugas serta amanah yang diberikan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Persetankan mereka dengan dakyah atau agenda-agenda budaya politik lama. Kalau bukan kita yang menggerakkan parti, siapa lagi?

Jangan lemah atau melatah perjuangan UMNO perlu terus dibawa agar UMNO kekal relevan sepanjang masa.

Ciowww kita jumpa di artikel yang lain.

  

Friday 20 April 2012

Salam Perkenalan dari Paneh Punggung


Salam Sejahtera,

Untuk makluman  semua, terciptanya blog Paneh Punggung vs Paneh Miang ini adalah bertitik tolak diatas kesedaran, ketidakadilan dan penulisan yang dipaparkan diblog-blog terutama di Paneh Miang yang mirip kearah perpecahan, melaga-lagakan pemimpin serta masyarakat, fitnah yang tidak berasas, tuduhan yang tidak dengan bukti dan memutar belitkan fakta.

Setelah difikirkan dengan sedalam-dalamnya serta mengambil pendapat beberapa kenalan serta pemikir, maka dengan ini lahirlah blog baru yang dinamakan Paneh Punggung vs Paneh Miang.

Paneh Punggung berperanan secara maya akan menjawab segala tohmahan dan meneutralkan kembali apa jua auta dan tuduhan yang dibuat oleh Paneh Miang disemua peringkat sama ada dikalangan Pemimpin Politik/ Pemimpin Negara / Negeri / Jabatan / Ngo dan sebagainya.

Paneh Punggung juga akan menjawab setiap isu yang diperkatakan atau dihebahkan oleh Paneh Miang dan pembaca boleh melihat kebenaran dengan membuat perbandingan sendiri. Paneh Punggung tidak mempunyai sebarang kepentingan atau menjadi balaci mana-mana pihak atau menjadi penulis upahan pihak tertentu.

Bagi Paneh Punggung tidak salah untuk mengkritik atau menidakkan sesuatu perkara, tetapi biarlah secara ilmiah dan memberi option atau kaedah yang lebih baik. Bukan terus menghentam secara kromo sepertimana yang dibuat oleh Paneh Miang.

Apa yang dilakukan oleh Paneh Miang menjurus kepada perpecahan dan perbalahan. Menidakkan keupayaan pemimpin negeri seolah-oleh Paneh Miang sahaja yang benar dan betul dalam semua hal. Jadi telah timbul pelbagai persepsi negatif kepada pemimpin atau juga mereka yang diperkatakan oleh Paneh Miang tanpa dibalas, tanpa dijawab sama ada ianya benar atau pun tidak.

Nah....sekarang sudah tiba masanya untuk Paneh Punggung beraksi.
Apa yang ingin dinyatakan dan disampaikan oleh Paneh Punggung adalah semata-mata mencari KEBENARAN bukannya AUTA.
 
Corak penulisan Paneh Punggung lebih kepada santai atau bersahaja dengan menggunakan bahasa harian yang mudah untuk difahami tetapi padat dengan isi dan fakta.

Oleh itu, kepada semua buatlah penilaian sewajarnya dengan setiap lontaran/pandangan serta cadangan yang diterjemahkan melalui penulisan yang dibuat ini.

Sekian. Terima Kasih.

    

 


   

Kenapa Najib & Muhyiddin perlu pantau MBN9?


Sedang kita berkerja keras, bertungkus lumus untuk memastikan UMNO/BN mencapai kejayaan dalam pilihanraya ke-13 ini, kenapa perlu Paneh Miang mempersoalkan serta memperlekehkan YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan dengan angkuh menidakkan keupayaan beliau sebagai pemimpin negeri.
 
Cara yang digunapakai oleh Paneh Miang seolah-olah melagakan pemimpin negeri dan pusat...hingga mengelarkan Menteri Besar sebagai "dictatorship".

Kenapa perlu berkata demikian didalam penulisan? Dibandingkan pula Menteri Besar dengan Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Mereka ada cara mereka sendiri. Mereka juga ada pandangan serta pendekatan masing-masing. Jika Paneh Miang tidak bersetuju dengan cara Menteri Besar, lebih baik keluar sahaja dari Negeri Sembilan.

Janganlah pula memporak perandakan kepimpinan yang ada di Negeri Sembilan. Setiap pemimpin ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Jadi kita sebagai rakyat kena melihat semua aspek bukan hentam membabi buta. Pemikiran Paneh Miang seolah-olah mirip kepada pembangkang yang pasti tidak bersetuju atau membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Kalau nak disingkap apa kejayaan yang dilakukan oleh Menteri Besar cukup banyak tidak terhurai oleh kita. Cuba kita lihat hutang Hutang Kerajaan Negeri Sembilan, berkurang atau bertambah?

Sudah pasti jawapannya berkurangan hasil daripada kecekapan Menteri Besar mengurus tadbir kerajaan negeri dengan cara berhemah dan berjimat cermat. 

Adalah tidak wajar untuk kita sebagai rakyat menafikan kenyataan ini. 

Persoalan yang ingin dilontarkan amat mudah. Adakah Paneh Miang merasa cemburu, irihati atau berdendam dengan Menteri Besar? atau

Paneh Miang adalah salah seorang penulis upahan bagi pihak pembangkang? atau

Paneh Miang menjadi penulis blog dan balaci/pencacai kepada musuh-musuh politik didalam UMNO sendiri atau mereka yang kecewa dengan Menteri Besar?

Yang pasti kebenaran itu akan menjelma jua. Kepada Paneh Miang nyatakanlah kebenaran bukannya auta.