Tuesday, 24 April 2012

Budaya Politik Cantas Telah Bermula

Pemecah Berita Paneh Punggung....

Tanpa disedari oleh kita ada juak-juak sesama parti merasa cemburu, iri hati, hasrat dengki dan lebih memburukkan lagi "budaya cantas" atau "pancung" telah dimainkan serta didendangkan oleh mereka ini kononnya cuba menggerakkan satu gerakan MENCANTAS. Inilah dinamakan POLITIK CANTAS. Budaya politik yang tidak bertamadun.

Paneh Punggung tidak mahu mengatakan nama si polan itu atau si polan ini, tetapi Paneh Punggung mahukan pembaca menilai serta memahami budaya yang sungguh jijik ini agar tidak diwarisi oleh kepimpinan akan datang terutama generasi muda sekarang.

Yang ingin Paneh Punggung persoalkan, kenapa budaya politik kotor seperti ini dibuat oleh kita sesama ahli parti UMNO? Inilah dinamakan "budaya lama/kalut dan kuno" yang masih digunapakai bagi menjatuhkan seseorang tanpa melihat kreabiliti serta keupayaan seseorang pemimpin tersebut.

Kenapa harus memecah belahkan perpaduan demi memenuhi kehendak atau kemahuan pihak-pihak tertentu?

Paneh Punggung melihat sindrom ini harus dicegah dan dihindarkan dari budaya politik UMNO. Perkara asas adalah melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan oleh akar umbi serta kepercayaan yang diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dalam menggerakkan jentera yang ada bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Tugas dan tanggungjawab ini WAJIB dilaksanakan dan bukannya beradu domba sesama sendiri. Lihat semua permasalahan rakyat setempat dan kita cari jalan penyelesaian untuk diatasi, bukannya melihat pemimpin mana yang berpontensi atau maju ke depan sedikit dipancung atau dicantas kerana takut mengganggu gugat peluang untuk menjadi pemimpin atau calon pilihanraya nanti.

Hanya baru dikatakan kononnya sebagai nama calon ada individu tersebut sudah seperti cacing kepanasan... Apa nak hebohkan sangat kok kita tu hebat dapatlah. Yang nak dihebohkan memburukkan orang lain buat apa?. 

Bila ada orang atau pemimpin yang nak buat kerja, dikatakan salah itu dan salah ini, bila tidak buat kerja lagilah dikatakan itu dan ini. Jadi semuanya serba salah dibuatnya. Jangan lupa pula, mereka itu juga pemimpin. Yang heboh cakap dan mengata hal orang tapi kerja untuk parti tak buat. Bila UMNO kalah mulalah menuding jari orang ni tak betul orang ni salah. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dan bukannya berdekah-dekah sesama sendiri.

Mahukah kita, yakni UMNO diwakili atau dipimpin oleh mereka yang mengamalkan budaya cantas mencatas dan pancung seperti ini? Dimanakah sifat keterbukaan yang diamalkan oleh parti?

Pembaca sekalian harus sedar dan bijak membuat penilaian dalam meletakkan siapa yang layak untuk diangkat atau diketengahkan bagi mewakili suara rakyat terutama bagi kita bangsa Melayu.

Paneh Punggung merasa sedih melihat lanskap politik seperti ini seolah-olah tiada penghujungnya. Kita perlu melihat pemimpin yang mampu membawa suara kita, kita perlukan pemimpin yang boleh ditemui bila-bila masa. Kita perlukan pemimpin yang meletakkan keutamaan parti dan rakyat. Kita perlukan pemimpin yang bersifat terbuka. Kita perlukan pemimpin yang beridealisme. 

Kita perlukan pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat dan yang paling penting pemimpin yang terima dan percaya  Qada dan Qadar Allah apa jua keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti sama ada menjadi calon atau pun tidak.

Ini belum apa-apa lagi melatah seperti "beruk kena belacan". Faedah politik mereka mahu tetapi menggerakkan jentera atau mendekati rakyat, batang hidung pun tak nampak.

Oleh itu Paneh Punggung mengingatkan kepada semua, UMNO kini telah berlaku Transformasi. Transformasi yang bermakna perubahan seharusnya bermula daripada cara pemikiran baru dan akan lahirlah satu tindakan yang berkesan selari dengan peredaran zaman.

Kepada pemimpin yang dimaksudkan teruskan usaha gigih anda. Tugas serta amanah yang diberikan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Persetankan mereka dengan dakyah atau agenda-agenda budaya politik lama. Kalau bukan kita yang menggerakkan parti, siapa lagi?

Jangan lemah atau melatah perjuangan UMNO perlu terus dibawa agar UMNO kekal relevan sepanjang masa.

Ciowww kita jumpa di artikel yang lain.

  

2 comments:

  1. Bagus Paneh Punggung....kasi paneh lagi...begar-begar semuanya tu. Nak kena ketuk selalu baru faham tugas dan peranan masing2.

    ReplyDelete
  2. gud job, well done...amat bagus kupasan artikel ni, bravo! muhasabah diri beginilah yang hebat....penuh khusyuk dan tawadduk ibarat mengata dulang paku serpih dan tepuk air di dulang, terpercik muka sendiri...cermin, cerminlah diri dan selamat bertaubat..alhamdulillah.

    ReplyDelete