Dikhabarkan berita pada bulan Mei 2012 nanti akan berlangsung Hari Belia Negara (HBN) serta Himpunan Jutaan Belia (HJB) yang dirancang akan diadakan di Putrajaya dan akan disertai oleh golongan belia dari seluruh pelusuk negara. Tahniah untuk golongan belia. Slogannya juga agak menarik iaitu "KUASA BELIA".
Sebagai mempromosikan HBN dan HJB ini, pelbagai pihak sukarelawan, persatuan belia, NGO, mahupun pihak swasta mengambil langkah pro-aktif dalam usaha mempromosikan HBN dan HJB ini. Jumlah belia yang disasarkan adalah tinggi untuk menghimpunkan "Kuasa Belia" ini. Manakan tidaknya, dikhabarkan juga HJB akan menjadi antara 10 karnival terbesar didunia. Maka di Negeri Sembilan pun tidak terlepas daripada acara atau program yang dirangka.
Apa yang Paneh Punggung nak katakan disini, rupa-rupanya dalam diam, tanpa kita sedari ada program yang dirancang iaitu BUKIT PUTUS TOUGE CHALLENGE (BPTC) terpaksa dibatalkan. Pihak penganjur juga telah membuat persiapan yang dirancang. Peserta juga telah membayar penyertaan. Apa sudah jadi dan apa ceritanya semua ini?
Kalau pembaca ingin tahu BPTC ini adalah sukan permotoran yang akan diadakan di Bukit Putus (jalan lama ke Kuala Pilah) pada 12hb Mei 2012. Pembaca juga boleh layari Face Book Bukit Putus Charity Challenge. Baca dan fahamilah luahan serta kekecewaan anak muda.
Dengarnya juga alasan yang diberikan oleh PDRM lebih kepada faktor keselamatan dan keadaan jalan. Bab alasan macam inilah membuatkan golongan anak muda terasa tersisih atau terpinggir. Jiwa anak muda memberontak sebab semua yang nak dilakukan jika sukan itu disifatkan extream alasan diberi adalah bahaya, faktor keselamatan dan macam-macam lagi.
Jangan memberi alasan secara general sedangkan jika dikata tentang anak muda, budaya kehidupan serta kesukanannya juga adalah extream yakni cabaran. Benda yang mencabar pastinya tidak lari dari kehidupan anak muda. Takkan orang tua atau tok lebai atau tok mudim nak bersama menyertai sukan yang mencabar ini.
Seharusnya pihak terbabit sama ada jabatan atau agensi kerajaan melihat perkara ini dari sudut yang berbeza dan luaskan definasi sukan ini serta kesannya kepada budaya kesukanan anak muda di Negeri Sembilan.
Penyelesaian perlu ada bukan terus memberi noktah kepada program ini. PDRM juga perlu memberi alternatif sewajarnya. Apa kaedah yang dicadangkan? Apakah jalan penyelesaiannya?
Karenah-karenah seperti inilah membuatkan anak muda bosan, serik dan terpinggir. Keinginan serta kehendak anak muda dipandang sepi dan dinafikan.
Maka tidak heranlah bagi Paneh Punggung, apabila gejala mat rempit, lumba haram semakin menjadi-jadi. Apabila ada platform atau program seperti ini ingin dilaksanakan banyak benar halangan dan karenah yang terpaksa dihadapi. Akhirnya kata putus yang diarahkan adalah batal.
Dari sudut politik pula, Paneh Punggung ingin ingatkan semua, sedar atau tidak bahawasanya anak muda atau belia adalah sebahagian daripada Kuasa Pengubah serta Pemacu Lanskap Budaya Politik Baru.
Mereka adalah rakyat Malaysia, mempunyai hak. Mereka juga pembayar cukai kepada hasil maksum kerajaan. Mereka juga penggerak kepada sosio ekonomi negeri dan negara. Mereka juga adalah sebahagian daripada bakal pengundi dalam pilihanraya akan datang nanti. Jangan nanti kekecewaan mereka akan diterjemahkan dalam pilihanraya nanti. Masa itu siapa harus dipersalahkan?
Mereka ini adalah sebahagian daripada lapisan masyarakat atau rakyat yang merdeka. Dengarlah hasrat anak muda ini.
Seharusnya, biarkan mereka menjalankan program ini dengan jayanya. Berikan kebenaran kepada acara ini. Daripada anak muda berlumba bukan ditempat yang sepatutnya.
Lakukan sesuatu suara belia adala suara keramat...kepada YAB.Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia berbuatlah sesuatu agar citarasa anak muda ini dapat dilaksanakan.
Anak muda adalah rakyat.......maka amat berpatutan dengan slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita yang disayangi dalam melakukan transformasi pentadbiran kerajaan yang ada sekarang ini iaitu ...Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Janganlah pula slogan tinggal slogan sahaja.
FAHAMI CITARASA ANAK MUDA........
Kenapa nak batal....Kalau batal bagilah cadangan tempat lain. Betul kata paneh punggung ni...kami juga pembayar cukai. Anak Malaysia. Pakai IC Malaysia. Ingat kami anak muda ni boleh dipandang sepi sahaja ke?
ReplyDelete