Pemecah Berita paneh Punggung
Dengar cerita hari ini, belia N.Sembilan iaitu MBN telah mengadakan sidang akhbarnya di Wisma MBN....wah hebat dengan kenyataan kecaman dan bantahan yang dinyatakan oleh MBN terhadap penganjuran Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan esok di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.....
Tapi yang musyikil sikit mana orang-orang Jabatan Belia & Sukan Negeri? Betul ke desas desus yang menyatakan bahawa Jabatan Belia Negeri tidak sehaluan dengan kepimpinan MBN dan tidak ambil peduli tentang sesetengah persatuan belia?....sebab berita ini kuat kedengaran dikalangan belia Negeri Sembilan.
Apa sudah jadi dengan JBS? Rasanya MBN adalah satu badan belia yang diiktiraf oleh kerajaan negeri dan dibawah MBN dianggotai oleh badan-badan persatuan (bercawangan) dan badan persatuan belia tunggal yang ada di Negeri Sembilan.
Kalau semua belia Negeri Sembilan boleh bersatu dibawah naungan ini dan mengiktiraf kepimpinan MBN yang ada, apa masalahnya dengan JBS ini?
Paneh Punggung dah bosan dengan kerenah-kerenah yang tidak pernah ada kesudahannya....bak kata salah seorang pembaca, "pelik juga banyak pengarah di jabatan kerajaan lain bertukar ganti, pengarah JBS sahaja yang kekal lama hingga nipis kusyen kerusi empuk dibuatnya, mujur nipis kalau tinggal papan sahaja ohhh parah"
Bila difikirkan, betul juga apa yang dinyatakan oleh pembaca ini. Nak kata JBS menjuarai program golongan belia tak juga... Nak kata memperjuangkan ekonomi belia jauh sekali...jadi apa yang ditunggu lagi? Atau nak tunggu belia Negeri Sembilan pupus baru nak lakukan transformasi?
Perkara ini perlu dipandang serta dinilai secara KPI yang menjadi tanda aras kepada pentadbiran kerajaan...sebab Perdana Menteri inginkan satu transformasi yang sebenar dan bukannya mereka-mereka yang berjawatan tinggi dipilih berlandaskan kepada "hubungan rapat dengan pihak tertentu" atau berdasarkan "konsep budi bicara" atau yang menggunakan kaedah "Wa ampu sana wa ampu sini".
Jika kaedah-kaedah ini diguna pakai, maka tidak mustahil setiap jabatan terutama Jabatan Belia Negeri akan menemui jalan kegagalan dalam merencanakan hala tuju serta pembangunan belia negeri.
Paneh Punggung juga pelik, kemana arahnya JBS hendak bawa belia Negeri Sembilan ini? Adakah sekadar berpoco-poco atau bersenam aerobik disenja hari? Atau sekadar menonton layar besar yang disediakan di hadapan tempat letak kereta di Kombes? Kalau menonton tak mengapa, cuba sekali sekala pergi ke Kombes, layar besar bersiaran, penonton di dalam kereta buat apa pula????? kalau tak percaya cubalah intai jika kelapangan.
Ini semua adalah program atau kemudahan sampingan. Apa yang diperlukan oleh belia Negeri Sembilan hari ini adalah hala tuju yang jelas dan plan tindakan yang boleh memberi kesan secara terus kepada golongan belia.... Inilah masalahnya apabila bukan orang yang menjiwai golongan belia mentadbir urus tentang hal ehwal belia....
Jadi kepada mereka yang merasakan diri mereka belia, berbuatlah sesuatu untuk kepentingan golongan belia itu sendiri. Bagi mereka dah "veteren belia" tapi masih merasakan atau mengaku diri itu masih lagi belia dan kononya mampu menjiwai hati belia, fikir dan renungkanlah kemampuan dan apa yang Paneh Punggung catatkan ini.
Tapi yang pasti, Paneh Punggung tak tua dan tak muda......bak orang kata sedang ranum......ciowww
No comments:
Post a Comment